Monday, February 6, 2012

Jadi 'Cool'+positif :)


Buku ini memberi inspirasi dgn kata2 yg positif utk kita berubah dari segi pemikiran.Jadi ini antara salah satu tajuk kecil dalam buku nih.. 'Kenali emosi dalam diri sendiri',mksdnya kenal pasti emosi kamu.Kemudian selidiki tanda-tanda yang boleh menyebabkan emosi kamu sering terganggu,misalnya bahagia,marah,kecewa,sedih dan curiga.Semakin banyak kita mengenali emosi,semakin mudah kamu mengawalnya. 1 lagi yg menarik ialah 'kenali kekuatan dan batasan diri'..Mksudnya Tidak dinafikan memang sejak dari kecil lagi kamu diajar untuk menjadi seorang yang rendah diri sehingga menyebabkan kamu tidak berani untuk mengemukakan kelebihan dan kekuatan diri.Malah adakalanya kamu enggan untuk mengakui kelebihan yang ada dalam diri kerana kamu khuatir akan dianggap sombong dan bangga diri.Namun,jika ingin berjaya hakikatnya kamu harus bersikap adil dan seimbang.Adakalanya kamu merendah diri dan adakalanya kamu harus tonjolkan kemampuan diri.

No comments:

Post a Comment